- Sujud lega sistem pernafasan, mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
- Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
- Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
- Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
- Bernafas ketika sujud pula boleh membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, melegakan sakit hernia. (burut), mengurangkan sakit senggugut ketika haid, melegakan paru-paru daripada ketegangan, mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh meringankan bahagian pelvis dan memberi dorongan supaya mudah tidur.
- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. mengurangkan kegemukan.
- Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
- Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
- Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
- Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Friday, 30 September 2011
Hikmah Sujud
20 Muhasabah Harian
- Beristighfar/bertasbih setiap hari
- Berzikir mengingati Allah
- Sembahyang 5 waktu
- Berpuasa sunat
- Mengerjakan solat-solat sunat
- Berselawat kepada Rasulullah
- Bersyukur di atas nikmat Allah
- Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
- Memaafkan kesalahan orang lain
- Menghubung silaturrahim
- Memberi nasihat yang baik kepada manusia
- Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
- Menziarahi orang sakit/miskin
- Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
- Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
- Mencegah kemungkaran bila melihatnya
- Sentiasa berfikir dan bertindak kearah kebaikan
- Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
- Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
- Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah
Saturday, 17 September 2011
15 Maksiat Yang Disegerakan Balasanya
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :
" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .
2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .
3 . Zakat dijadikan hutang .
4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .
5 . Anak derhaka terhadap ibunya .
6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya .
7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya .
8 . Suara ditinggikan di dalam masjid .
9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .
10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .
11 . Arak diminum di merata tempat .
12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki .
13 . Para artis disanjung - sanjung .
14 . Muzik banyak dimainkan .
15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) .
Friday, 16 September 2011
10 Sahabat Nabi Yang Dijanjikan Syurga
1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah
Inilah 10 sahabat Rasulullah S.A.W. yang sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. Kita (termasuk aku) sering kali mencari biodata tentang orang terkaya di dunia, orang yang paling berpengaruh di dunia dan macam-macam lagi tapi jarang mengambil tahu tentang biodata para sahabat yang sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji.
Sedarlah kita bahawa orang-orang barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. Nama-nama sahabat ini juga ada yang baru aku dengar buat pertama kali. Tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya baru tahu daripada langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu lagi teruk.
Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.
Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran.
Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiu telah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.
Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“.
Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.
BERSANGKA-SANGKA
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)